Blog - www.AMMELIA.com

NOMBOR AKAUN:

Terus PAYMENT via FPX @ http://bit.ly/jomPAY
(atau klik pada gambar dibawah)
Guna LINK ini jika anda tiada akaun MBB / CIMB

atau

Nama Akaun : Ammelia
Maybank : 1622 6328 5750
CiMB : 760 181 3705
eMail : cerdik @ gmail.com


Kami guna MAYBANK atau CIMB ...

Semasa transfer wang melalui online banking

Dalam ruang Email, masukkan email kami: cerdik @ gmail.com
Ini bertujuan untuk kami dapat notifikasi dari pihak bank tentang pembayaran anda.

A) Dalam ruangan reference Pertama,


Tuliskan nombor DYSD anda atau nombor IC jika anda User Baru

Ini sebagai bukti pembelian anda,


B) Dalam ruangan reference Kedua pula,


isi nombor telefon yang anda beli dengan pembayaran ini

Ini untuk memudahkan kami cepat proses pembelian SIM anda

JIKA GUNA ATM atau CDM

hantar gambar slip melalui WhatsApp
(atas slip tulis maklumat anda / nombor sim yang anda beli)

Lebihan bank-in melalui CDM akan di pulangkan sebagai
eRecharge atau TOP UP ke dalam nombor yang anda beli sahaja

JOM PAY by AMMELIA.COM

PERHATIAN: Untuk Peniaga-Peniaga atas Talian.. Baca dan Fahami..
Selesai sesi Fiqh Bisnes oleh Ustaz Dr Azman dan Ustaz Dr Zaharuddin. Alhamdulillah, banyak ilmu baru dan ilmu refresh dan persoalan berkenaan bisnes kontemporari terjawab.
.
Kawan-kawan yang berniaga secara berkumpulan, dan suka komen testimoni di post ‘rakan sejemaah’, boleh baca point no 11 di bawah.
.
Saya Ringkaskan apa yang dapat saya serap selain perkara asas tidak boleh menipu, bebas riba dan gharar, dan sebagainya:
.
1. Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan utama, maka dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Bisnes dan perniagaan adalah satu alat untuk mencari Redha Allah <- Pegangan.
.
2. Perniagaan adalah sesuatu yang datang seiringan dengan syaitan. Sangat berat amanah yang dipikul oleh peniaga. Peniaga yang benar dan amanah akan dibangkitkan bersama nabi-nabi, siddiqqiin dan syuhada’.
.
3. Saidina Umar melarang seseorang dari berniaga sebelum belajar hukum-hakam perniagaan.
.
4. Semua urusan jual-beli bertangguh (samaada bayar secara ansuran atau barang dibeli secara tempahan dengan bayaran penuh) masuk dalam kategori dain (hutang). Ayat paling panjang dalam Quran menyebut tentang dain – iaitu ditulis segala details dan kalau boleh, adakan saksi.
.
5. Islam menjaga hak bukan sahaja hak pembeli, tetapi juga hak penjual. Oleh itu, gangguan kepada harga pasaran adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam.
.
Contohnya, buang harga (jual dengan terlalu murah berbanding harga pasaran) atau naikkan harga dengan melampau tanpa sebab yang munasabah (contohnya tiada nilai tambah diberikan).
.
6. Ketelusan Wajib ada. Peniaga kena perjelaskan semua perkara berkenaan barang yang dijual dan kualiti barang. Peniaga juga tidak sembunyikan keburukan barang dengan sengaja. Kena ada jaminan pulangan semula kalau tak puas hati. Kenapa? Sebab ada isu gharar – barang tak boleh disentuh. Kos penghantaran dan segala kos lain mesti dimaklumkan kepada pembeli. Untuk pemulangan semula, siapa akan tanggung kos penghantaran etc. Untuk refund, kos caj bank ditanggung siapa.
.
7. Hukum affiliate dan dropship – dengan mendaftar i.e. persetujuan pemilik produk adalah HARUS
.
8. Selain ejen dropship dan affiliate dan lain-lain konsep ejen, tidak boleh jual barang yang tidak dimiliki. Sekalipun terdapat perselisihan pendapat untuk menjual barang yang tidak dimiliki, syarat yang dikenakan oleh ulama yang cakap boleh, adalah amat ketat.
.
9. Untuk produk affiliate dan dropship, TIDAK BOLEH guna istilah ‘produk saya’ kerana kita tidak memiliki barang tersebut. Boleh guna istilah "Produk Kami" kerana kita dikira wakil kepada penjual.
.
10. Agen tidak boleh menjual pada harga yang tidak dibenarkan oleh pemilik produk (buang harga), sekalipun pemilik produk memberikan harga yang murah kepada agen.
.
11. Untuk perniagaan secara berkumpulan, tidak boleh mewujudkan testimoni atau sokongan palsu.
.
Contohnya, bila ada salah seorang rakan post tentang sesuatu produk, kita ramai-ramai berikan testimoni dan sokongan yang tidak tepat. Ini banyak terjadi dalam grup yang menjual produk kesihatan.
.
12. Tidak boleh juga membuat bid palsu untuk menaikkan harga lelongan.

.
13. Tiada iklan yang memaparkan aurat. Tidak boleh promo produk yang menampakkan aurat.

Untuk Beli Nombor Dari Kami

Sila "WhatsApp" SAHAJA ke 010.3444.322

Perkenalkan diri anda dan nyatakan:

Nama Anda:

DYSD jika dealer atau USER:

Nombor Anda Ingin Beli:

untuk kami respons segara ..

jika FB/ SMS / CALL atau TELEGRAM, response lambat

Q: Apa maksud 'hanya user' ?

A: Sim ni kami jual online untuk USER sahaja,

Q: Bagaimana jika DEALER berminat nak beli, boleh ke?

A: Boleh je, tapi bayarlah harga DEALER ye

Q: Berapa pula harga untuk DEALER ?

A: WhatsApp 010.3444.322 untuk dapatkan harga DEALER bagi nombor yang anda minat


Jom sama sama promosi kan nombor onexox anda ...

mana tahu ada orang yang berminat nak beli

mungkin kerana nombor anda menarik minatnya

klik link di bawah untuk set up akaun onexox im anda sendiri

http://bit.ly/carionexox



Assalamualaikum dan salam sajahtera buat semua.


1. www.AMMELIA.com wujud bertujuan untuk jual sim baru onexox kepada PENGGUNA BARU (user) sahaja dan bukan kepada dealer.

2. Namun, jika ada dealer berminat nak beli, boleh sahaja, tapi pastinya berbeza harga berbanding harga user.


3. Jangan la marah pula, ini kerana jika user yang beli, dapatlah kami pasif income. Bukankah Itu tujuan kita sertai perniagaan ini, kerana pasif income.

4. Sekiranya anda USER BARU, dan berminat untuk beli SIM milik kami, maka kami daftarkan dan POS ke seluruh Malaysia guna perkhidmatan KURIER (Poslaju / Skynet / Nationwide). Kami juga beri anda hadiah tambahan lain (selagi stok masih ada).

5. Akan tetapi, sekiranya anda DEALER yang tetap berminat untuk beli dan mahu daftarkan sim milik kami dibawah hirarki anda sendiri, untuk user anda, sila bersedia untuk tambah antara RM10 ke atas kepada harga user seperti tertera dalam web.


6. Kos pengurusan dan kurier ialah RM9 ke semenanjung atau RM13 ke Sabah atau Sarawak.


7.
Option Pos Ekspress RM5 ke seluruh Malaysia juga ada. Tetapi risiko atas pembeli. Jika berlaku kiriman di kembalikan ke kami @ 'return to sender' atas alasan pos bukan dokumen, lambat sampai atau SIM hilang semasa pengeposan, pihak kami tak bertanggungjawab.


8. Self collect tersedia pada kos RM10 (tempat terhad). Mesej untuk set location. Mahal ke? jika mahal, pos kan sahaja, lebih murah dan mudah,

9. Kami reserve minima 12 jam ke maksima 24 jam, nombor yang anda request dan mohon response dalam masa 24 jam tersebut. Selepas itu, kami buka semula SIM ini untuk di jual kepada orang lain, samada yang walk in ke kedai atau online request lain atas nombor yang sama.

10.
Perkhidmatan selepas jualan. Anda mempunyai 30 hari dari tarikh urusniaga untuk membuka pertikaian di Pusat Resolusi kami. Kebiasaannya, 90% kes pertikaian dapat diselesaikan dalam masa 7 hari bekerja selepas kes di daftarkan.

"You have 30 days from the date of the transaction to open a dispute in the Resolution Center"

Terima kasih kerana membaca

ADMIN
ADC Sales Department
sales@ammelia.com